web stats Toad Jumping Up and Down

Sabtu, 18 April 2020

HAZARD IDENTIFICATION, RISK ASSESSMENT & RISK CONTROL (HIRARC)



A. DIFINISI

1.             HAZARD - Punca atau keadaan yang boleh mendatangkan kemudaratan dalam bentuk

                Kecederaan
                Penyakit
                Kerosakan harta benda
                Kemusnahan alam sekitar
                Atau kombinasi di atas.

2.             RISIKO - Kombinasi kemungkinan berlakunya kejadian berbahaya/kemalangan dan kesan akibatnya.
3.             PENILAIAN RISIKO - Keseluruhan proses menganggarkan tahap risiko dan memutuskan samada ianya boleh diterima atau tidak.
4.             MENGAWAL RISIKO Langkah yang diambil untuk menghapus atau mengurangkan risiko.


B. TUJUAN HIRARC

  1. Untuk kenalpasti semua faktor yang boleh mendatangkan bahaya kepada pekerja dan orang lain (hazard)
  2. Untuk menimbangkan peluang untuk berlakunya sesuatu kejadian dalam sesuatu keadaan dan kesan akibatnya (risiko)
  3. Untuk membolehkan majikan merancang, memperkenalkan dan memantau langkah- langkah pencegahan untuk memastikan risiko dapat dikawal pada setiap masa.

C. KEPENTINGAN HIRARC

  1. Tanggungjawab undang-undang
  • Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Sek. 15(1),(2))
  • Akta Kilang dan Jentera 1967
  • Untuk membolehkan organisasi menguruskan hazard dengan lebih berkesan

    2. Keperluan piawaian sistem pengurusan KKP (MS 1722:2003, OHSAS 18001, ISO 14001, dll.)
    3. Untuk kenalpasti samada kawalan sedia ada memadai atau tidak.


D. PERSONAL ATAU PASUKAN HIRARC

1.             Seseorang yang terlatih dalam mengenal pasti hazard dan penaksiran risiko
- Sesetengah kes memerlukan orang yang kompeten mengikut undang-undang (contoh:               Pengapit – Chemical Health Risk Assessor, Orang Kompeten Major Hazard)
2.            Jawatankuasa keselamatan dan Kesihatan
3.            Pegawai keselamatan dan Kesihatan

E. BILA PERLU LAKSANAKAN HIRARC

1.  Untuk situasi -
    − di mana wujudnya hazard yang boleh membahayakan
    − keadaan tidak pasti samada kawalan sedia ada memadai atau tidak
    − sebelum melaksanakan langkah pembetulan atau pencegahan
2.     Oleh organisasi yang melakukan penambahbaikan pengurusan keselamatan secara berterusan.

F. PERANCANGAN HIRARC

     Aktiviti HIRARC berterusan
     HIRARC meliputi
ü     Aktiviti rutin dan tidak rutin
ü     Aktiviti setiap personal termasuk bukan kakitangan (kontraktor, pelawat)
ü     Kemudahan setiap tempat kerja (makmal, workshop, dewan kuliah, dll.)
− Hasil analisa risiko didokumenkan dan digunakan untuk:
ü     Kawalan risiko dalam Pengurusan KKP
ü     Rujukan dan semakan masa hadapan


G. PRINSIP PENGURUSAN RISIKO

          Pengurusan risiko perlu diintegrasi di dalam aktiviti perancangan pada semua peringkat urusan
          Terima dan ambil perhatian terhadap semua risiko
          Buat keputusan risiko yang sesuai (berdasar kepada tahap risiko)
          Urus risiko yang wujud


H. SEMAKAN SEMULA RISIKO

Semakan perlu dibuat sekiranya terdapat perubahan:

Dalaman

Sebelum pengubahsuaian, perubahan serta pengenalan bahan-bahan, jentera atau proses, prosedur kerja yang baru

Luaran

             Pindaan Akta dan Peraturan
             Pembangunan pengetahuan dan teknologi berkaitan KKP


I. ELEMENT HIRARC

1.      Mengenalpasti Hazard
-      Mengecam permasalahan
2.      Menilai Risiko
-      Memahami permasalahan

3.      Mengawal Risiko
-      Menangani masalah

J. LANGKAH HIRARC

1.        Kelaskan aktiviti kerja
2.        Lakukan pengenalpastian hazard
3.        Dapatkan tahap risiko
4.        Kawal risiko yang tinggi
5.        Kaji semula keberkesanan kawalan

K. KATEGORI HIRARC

Untuk memudahkan pengecaman hazard, ia boleh dikategorikan seperti berikut, contohnya:

ü    Kimia
ü    Fizikal
ü    Biologi
ü    Ergonomik
ü    Psikososial
ü    Mekanikal
ü    Elektrik

ü    Mesin


UNTUK KETERANGAN LANJUT ANDA CLICK DI SINI HIRARC 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan