Pelancaran Bulan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan MARA yang dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Ismail bin Haji Abdul Muttalib,
Timbalan Menteri Sumber Manusia pada 10-12 Februari 2014 di Hotel Premiera,
Kuala Lumpur merupakan peristiwa penting untuk mengenang kembali segala usaha yang telah dijalankan selama ini ke arah
mewujudkan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang menjurus kepada
pembentukan `Budaya Kerja Selamat dan Sihat' di kalangan warga kerja MARA.
Pembentukan budaya ini telah dimulakan sejak tahun 1994 lagi dimana pada ketika
itu kita sedar hanya pembentukan budaya sahajalah merupakan cara terbaik bagi
penyelesaian jangka panjang yang berkesan untuk menangani isu keselamatan dan
kesihatan pekerjaan. Untuk membudayakan sesuatu masyarakat memerlukan usaha
yang gigih oleh semua pihak dan ianya juga mengambil masa yang agak lama untuk
dicapai. Bagi memastikan kejayaan ini, dari semasa ke semasa semua pihak perlu
mengkaji sejauh manakah kejayaan yang telah dicapai dan adakah ianya memerlukan
perubahan atau pembaharuan terutama dari segi pendekatan yang perlaksanaan diambil
di semua pusat MARA.
Ucapan aluan Ketua Pengarah MARA YBhg. Datuk Ibrahim bin Ahmad
Perasmian pelancaran Bulan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MARA oleh YBhg. Dato’ Haji Ismail bin Haji Abdul Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan