web stats Toad Jumping Up and Down

Sabtu, 27 September 2014

BULAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MARA 2014

Pelancaran Bulan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MARA yang dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Ismail bin Haji Abdul Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia pada 10-12 Februari 2014 di Hotel Premiera, Kuala Lumpur merupakan peristiwa penting untuk mengenang kembali segala usaha yang telah dijalankan selama ini ke arah mewujudkan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang menjurus kepada pembentukan `Budaya Kerja Selamat dan Sihat' di kalangan warga kerja MARA. Pembentukan budaya ini telah dimulakan sejak tahun 1994 lagi dimana pada ketika itu kita sedar hanya pembentukan budaya sahajalah merupakan cara terbaik bagi penyelesaian jangka panjang yang berkesan untuk menangani isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Untuk membudayakan sesuatu masyarakat memerlukan usaha yang gigih oleh semua pihak dan ianya juga mengambil masa yang agak lama untuk dicapai. Bagi memastikan kejayaan ini, dari semasa ke semasa semua pihak perlu mengkaji sejauh manakah kejayaan yang telah dicapai dan adakah ianya memerlukan perubahan atau pembaharuan terutama dari segi pendekatan yang perlaksanaan diambil di semua pusat MARA.


Ucapan aluan Ketua Pengarah MARA YBhg. Datuk Ibrahim bin Ahmad


 Perasmian pelancaran Bulan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MARA oleh YBhg. Dato’ Haji Ismail bin Haji Abdul Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia.