web stats Toad Jumping Up and Down

Ahad, 5 Oktober 2014

PELANCARAN BULAN KESELAMATAN SERTA MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN IKM KOTA KINABALU

Lanjutan dari Pelancaran Bulan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MARA di Kuala Lumpur pada Februari lepas, Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu, turut sama melancarkan kempen berkenaan pada  9 September 2014, agar ianya memberikan impak yang berpanjangan di kalangan Institusi Pendidikan MARA (IPMa).  Pelancaran ini disempurnakan oleh En Mohd Fairuz bin Mohd Rashid yang menggantikan pengarah JKKP Sabah yang tidak dapat hadir pada hari berkenaan. Turut hadir semasa pelancaran berkenaan ialah Pn. Shaharom binti Zainul Abideen, wakil BKT serta pengarah serta pengetua IPMA Sabah. Semasa pelancaran berkenaan, IKMKK juga turut melancarkan Menual Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan yang dibangunkan khas untuk kegunaan IKMKK oleh KKP IKMKK sendiri.



Dengan terbentuknya budaya kerja selamat dan sihat di kalangan wargakerja, IKMKK akan sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan di segi cabaran-cabaran baru yang mungkin timbul di tempat kerja di masa hadapan. Semua pihak wajar mengambil pendekatan mengamalkan kerja selamat dan sihat di mana risiko yang terhasil daripada aktiviti di tempat kerja dapat dikawal dengan berkesan. Pengawalan risiko ini menyebabkan keadaan tempat kerja adalah selamat kepada pekerja di mana kemalangan, keracunan dan penyakit pekerjaan dapat dibendung dan dicegah. Keadaan tersebut membolehkan pekerja bekerja dengan tekun, efisyen dan produktif.

  Kemasukkan ke Dewan Besar oleh tetamu jemputan.




 Nyanyian lagu Negara Ku, Negeri Sabah dan Amanah Rakyat





Ucapan aluan dari Pengarah IKMKK En. Idris bin Alias

Perasmian oleh  En Mohd Fairuz bin Mohd Rashid, Penolong Pengarah JKKP Sabah





 Penyerahan Manual Keselamatan kepada pengarah IKMKK





 Penyerahan Manual Keselamatan kepada ketua-ketua jabatan dan pentadbiran.




 Penyampaian cenderahati





 Pameran pelbagai agensi keselamatan


 Demontrasi pertolongan cemas oleh unit PBSMM IKMKK






Pihak KKP IKMKK komited dengan pembentukan `Budaya Kerja Selamat dan Sihat' kerana ianya menjurus kepada pencapaian hasrat mempertingkatkan kualiti hidup semasa bekerja dan penyemaian budaya kerja selamat dikalangan pensyarah dan pelajar. Dengan kata lain semua warga IKMKK dapat menikmati hidup yang berkualiti tanpa ditimpa oleh perkara yang negatif semasa berada di tempat kerja. Ianya selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 atau Akta 514 yang telahpun dikuatkuasakan sejak April 1994 lagi.



Akta 514 ini menjurus kepada keperluan pewujudan budaya di mana pematuhannya memerlukan usaha dan inisiatif yang bermula daripada pihak yang terlibat secara langsung dengan aktiviti di tempat kerja iaitu pihak majikan dan pihak pekerja. Pendekatan Akta 514 ini telah lama dilaksanakan di negara maju dan kita merupakan negara pertama di Asia yang berbuat sedemikian. Akta 514 dari semasa ke semasa sentiasa diperkemaskan melalui pengeluaran peraturan-peraturan tertentu bagi memperjelaskan lagi kehendak-kehendak akta dan memastikan risiko yang terhasil di berbagai jenis tempat kerja dapat dikenalpasti dan dikawal dengan sempurna. Pembentukan dan penerapan `Budaya Kerja Selamat dan Sihat' memerlukan pengetahuan yang merupakan perkara penting yang boleh diperolehi samada secara formal atau tidak formal. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan