Lanjutan
dari Pelancaran Bulan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan MARA di Kuala Lumpur
pada Februari lepas, Institut Kemahiran MARA
Kota Kinabalu, turut sama melancarkan kempen berkenaan pada 9 September 2014, agar ianya memberikan impak
yang berpanjangan di kalangan Institusi Pendidikan MARA (IPMa). Pelancaran
ini disempurnakan oleh En Mohd Fairuz bin Mohd Rashid yang
menggantikan pengarah JKKP Sabah yang tidak dapat hadir pada hari berkenaan.
Turut hadir semasa pelancaran berkenaan ialah Pn. Shaharom
binti Zainul Abideen, wakil BKT serta pengarah serta pengetua IPMA Sabah. Semasa
pelancaran berkenaan, IKMKK juga turut melancarkan Menual Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan yang dibangunkan khas
untuk kegunaan IKMKK oleh KKP IKMKK sendiri.
Dengan
terbentuknya budaya kerja selamat dan sihat di kalangan wargakerja, IKMKK akan
sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan di segi cabaran-cabaran baru
yang mungkin timbul di tempat kerja di masa hadapan. Semua pihak wajar
mengambil pendekatan mengamalkan kerja selamat dan sihat di mana risiko yang
terhasil daripada aktiviti di tempat kerja dapat dikawal dengan berkesan.
Pengawalan risiko ini menyebabkan keadaan tempat kerja adalah selamat kepada
pekerja di mana kemalangan, keracunan dan penyakit pekerjaan dapat dibendung
dan dicegah. Keadaan tersebut membolehkan pekerja bekerja dengan tekun, efisyen
dan produktif.
Kemasukkan ke Dewan Besar
oleh tetamu jemputan.
Nyanyian lagu Negara Ku,
Negeri Sabah dan Amanah Rakyat
Ucapan
aluan dari Pengarah IKMKK En. Idris bin Alias
Perasmian
oleh En Mohd Fairuz bin Mohd Rashid, Penolong
Pengarah JKKP Sabah
Penyerahan
Manual Keselamatan kepada pengarah IKMKK
Penyampaian
cenderahati
Pameran
pelbagai agensi keselamatan
Demontrasi
pertolongan cemas oleh unit PBSMM IKMKK
Pihak
KKP IKMKK komited dengan pembentukan `Budaya Kerja Selamat dan Sihat' kerana
ianya menjurus kepada pencapaian hasrat mempertingkatkan kualiti hidup semasa
bekerja dan penyemaian budaya kerja selamat dikalangan pensyarah dan pelajar.
Dengan kata lain semua warga IKMKK dapat menikmati hidup yang berkualiti tanpa
ditimpa oleh perkara yang negatif semasa berada di tempat kerja. Ianya selaras
dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 atau Akta 514 yang
telahpun dikuatkuasakan sejak April 1994 lagi.
Akta
514 ini menjurus kepada keperluan pewujudan budaya di mana pematuhannya
memerlukan usaha dan inisiatif yang bermula daripada pihak yang terlibat secara
langsung dengan aktiviti di tempat kerja iaitu pihak majikan dan pihak pekerja.
Pendekatan Akta 514 ini telah lama dilaksanakan di negara maju dan kita
merupakan negara pertama di Asia yang berbuat sedemikian. Akta 514 dari semasa
ke semasa sentiasa diperkemaskan melalui pengeluaran peraturan-peraturan
tertentu bagi memperjelaskan lagi kehendak-kehendak akta dan memastikan risiko
yang terhasil di berbagai jenis tempat kerja dapat dikenalpasti dan dikawal
dengan sempurna. Pembentukan dan penerapan `Budaya Kerja Selamat dan Sihat'
memerlukan pengetahuan yang merupakan perkara penting yang boleh diperolehi
samada secara formal atau tidak formal.